Bergelar penyanyi utama The Pussycat Dolls tidak menghalang Nicole Scherzinger daripada dikenakan tindakan undang-undang yang melibatkan kumpulan itu.
Pengasas kumpulan tersebut, Robin Antin menfailkan tuntutan saman terhadap Nicole kerana menolak untuk membuat persembahan di konsert jelajah walaupun telah memberi persetujuan pada 2019.
Jelas Antin, dia mengambil masa dua tahun berunding dengan Nicole mengenai reunion itu, bermula dari tahun 2017. Dia ditawarkan sebanyak RM2.5 juta daripada Live Nation untuk konsert tersebut.