Kala menunggu Money Heist Part 5: Volume 2 yang akan ditayangkan pada 3 Disember nanti, berikut adalah 7 fakta yang mengejutkan mengenai barisan pelakon utama La Casa de Papel.
Sejak musim pertama dilancarkan, siri Money Heist atau La Casa de Papel terus merentasi sempadan Sepanyol lantas menjadi fenomena di seluruh pelusuk dunia. Saban musim, peminat disajikan dengan barisan pelakon berbakat dan karakter masing-masing yang cukup memberikan impak yang tersendiri. Daripada kebijaksanaan dan fikiran licik The Professor kepada perkara yang membuat Tokyo penuh dengan kemarahan dan dendam, setiap watak mempunyai keunikan serta sejarah silam yang menjadikan mereka kompleks dan dekat dengan penonton.
1. Álvaro Morte (The Professor) sepatutnya menjadi seorang jurutera dan merupakan seorang survivor kanser.
Awalnya dia melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang kejuruteraan komunikasi, tetapi dia berhenti dan bertukar kepada seni drama persembahan. Selepas menamatkan pengajian dari Escuela Superior de Arte Dramático de Córdoba (Córdoba School of Dramatic Arts) pada 1999, dia meneruskan pula pengajian lepasan ijazah di University of Tampere di Finland selepas mendapat biasiswa sebelum mula berlakon pada 2002.
Álvaro Morte pernah berkongsi dia pernah mempunyai tumor kanser pada bahagian peha kaki kiri ketika dia berusia sekitar 30an. Seperti wataknya yang mempunyai penyakit ketika kecil, dia kini merupakan seorang survivor kanser.
Fun Fact: Dia membuat debut filem pada 2007 melalui Lola, la película (Lola: The Movie) yang mengisahkan mengenai penyanyi folkoric, Lola Flores. Dia meruapakan nenek kepada Alba Flores yang memegang watak Nairobi!
Baca lebih lanjut: 10 Filem Yang Paling Fashionable Boleh Tonton Di Disney+ Hotstar