Met Gala 2021 yang berlangsung gemilang menyaksikan penampilan para jemputan dalam busana bertemakan In America: A Lexicon of Fashion.
Sebahagian selebriti yang hadir berjaya menterjemah tema Met Gala dengan begitu baik sekali antaranya Kendall Jenner, Billie Eilish dan Kristen Stewart.
Kim Kardashian memilih untuk tampil di luar kebiasaan dalam persalinan serba hitam dari hujung rambut ke hujung kaki. Hadir menepati tema, ia merupakan antara gaya yang akan sentiasa diingati dalam sejarah Met Gala.