Dari Langkawi ke Pulau Gaya, EH! membariskan 5 destinasi penginapan mewah terbaik untuk melengkapi percutian pantai anda dalam suasana yang penuh eksklusif dan mempersonakan.
Dengan kelonggaran perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan baharu-baharu ini, sudah pasti ramai yang mula merancang percutian yang diimpikan sejak awal tahun lagi. Buat yang berada di ibu kota, destinasi penginapan yang berada di kepualauan dan mempunyai pantai indah pasti menjadi pilihan. Dari Langkawi ke Pulau Gaya, EH! membariskan 5 destinasi penginapan mewah terbaik untuk melengkapi percutian pantai anda dalam suasana yang penuh eksklusif dan mempersonakan.
The Datai Langkawi, Kedah
Kesenian warisan tempatan menyuntik keunikan penuh magis pada seni reka penginapan dalam membiaskan hutan tropika yang sudah berusia lebih 10 juta tahun. The Datai Langkawi yang mempunyai 121 buah penginapan ini menjanjikan ketenangan sarat kemewahan buat pengunjung, sambil menikmati keindahan pemandangan Laut Andaman dan Pulau Tarutao.
Foto: ©Eric Martin
Baca lebih lanjut: Raikan Hari Malaysia Dengan Warna & Kreativiti Di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown