The Queen’s Gambit berjaya merangkul sembilan trofi utama di Primetime Creative Arts Emmy Awards hujung minggu lalu, dan kini siapa menyangka ia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ikon catur Soviet, Nona Gaprindashvili menfailkan saman fitnah terhadap Netflix sebanyak RM21 juta atas sebaris dialog yang diucapkan dalam siri mini The Queen’s Gambit.
Secara spesifik, Nona tidak berpuas hati dengan kenyataan tidak tepat dalam perlawanan akhir siri itu yang membandingkan pencapaian sebenarnya dengan pencapaian watak lakonan Anya Taylor-Joy, Beth Harmon.
Dialog itu menyatakan bahawa “Nona merupakan juara wanita dunia dan tidak pernah menentang pemain catur lelaki.”