Dari Mediterranean hingga ke Timur Tengah dan juga Korea Selatan, DÔME Café mahu membawa anda mengembara dengan seleksi tujuh cita rasa baharu yang menyelerakan dari seluruh pelusuk dunia.
Buat yang rindu untuk melancong dan mencuba sesuatu yang baharu, DÔME Café mahu membawa anda mengembara penuh keenakan dengan seleksi menu baharu dari seluruh pelusuk dunia. Dari Mediterranean kepada Timur Tengah dan juga Korea Selatan, pengunjung akan dapat merasai cita rasa yang menyelerakan, serta pilihan yang menawarkan kalori rendah untuk pengalaman gastronomi yang sempurna dan berkhasiat.
Berkut adalah 7 seleksi menu baharu yang sudah boleh didapati di semua DÔME Café di seluruh negara:
DÔME’S WAGYU BURGER (RM38)
Pengunjung dapat menjangkan patti daging Wagyu yang lembut dan penuh berjus, dan diapitkan pula bersama roti bun yang besar, gebu dan panas. Setiap gigitan pasti memberikan kepuasan selera yang penuh rasa, dan hadir bersama kentang goreng pelengkap hidangan.