Jennifer Lopez sering menjadi tajuk berita terutama selepas kembali menjalin hubungan dengan bekas tunangnya, Ben Affleck.
Namun menurut kempen terbaharu jenama kecantikannya, JLo Beauty, Jennifer mengakui berasa seperti dianaktirikan di Hollywood.
Bintang Hustler ini melancarkan jenamanya di Sephora menerusi kempen ‘We Belong’, mengambil bahagian dalam Bulan Warisan Amerika Hispanik Kebangsaan, dan berkongsi sebuah video mempromosi kerjasama terbaharunya sambil mendedahkan beberapa pengakuan.