Bertuah sungguh nasib Jin BTS apabila mendapat hadiah yang begitu bermakna buat seorang pemuzik daripada vokalis kumpulan rock terkenal, Coldplay.
Menerusi satu ciapan di Twitter, Jin berkongsi dua keping foto dan merakam ucapan terima kasih kepada Chris Martin atas pemberiannya.
Menurut penyanyi berusia 29 tahun itu, hadiah tersebut adalah sesuatu yang tidak dijangka. Bermula dengan pujian mengatakan gitar milik Chris tampak hebat, sekelip mata ia kini menjadi miliknya.