Lebih sedekad memperjuangkan hak kebebasan diri dan hartanya, Britney Spears akhirnya mampu menarik nafas lega.
Mahkamah Tinggi Los Angeles memutuskan untuk melucutkan hak bapanya, Jamie Spears sebagai penjaga hal ehwal hartanya berjumlah RM251 juta berkuat kuasa semalam.
Sehingga penghujung tahun ini, tugas itu akan diambil alih oleh John Zabel, perunding fidusiari yang dipilih oleh Britney sendiri sebelum dirinya diberikan kebebasan mutlak pada tahun 2022.