Rexy, maskot popular Coach menjadi watak utama buat projek Windows Of The Future bersama beg klasik moden mereka, Rogue!
Coach sekali lagi mencari jalan moden untuk mempromosikan barangan paling terbaru mereka. Kali ini Coach mengambil inisiatif dengan melancarkan kempen Windows of the Future. Ia adalah satu usaha dalam melancarkan jendela fesyen butik yang lebih bersifat lestari. Juga mencipta satu pengalaman bespoke yang unik, bermain dengan seni teknologi.
Ada sembilan butik dipilih untuk melancarkan kempen Windows of the Future. Seperti di butik Coach yang terletak di Coach House, New York dan Coach Senayah City di Jakarta. Kuala Lumpur juga diangkat untuk menyertai kempen penting ini. Butik Coach yang terletak di Pavilion Elite Kuala Lumpur disaluti dengan kempen yang dibintangi oleh Rexy, si maskot Coach juga beg Rogue.
Rexy dan Rogue yang disatukan dalam iklan inovasi 3D menghiasi ruang skrin LED di atas butik Coach. Dalam video itu, Rexy kelihatan sedang berada di butik Coach sambil membawa beg Rogue. Kedua-dua watak utama ini menyampaikan karakter free-spirit, rebels dan dreamers. Uniknya, jendela fesyen berinovasi tinggi ini diperbuat dengan mengambil kira tentang kelestarian alam sekitar.
Sebuah siri video pendek turut dihasilkan sempena meraikan pelancaran ‘Windows of Future’ ini yang melibatkan selebriti dan personaliti tempatan seperti lvin Chong, Dolla, Joseph Lee, Maggy Wang, Ming Yue, Ruhainies, Vanessa Reynauld, Vivian Liu, Yaya Zahir dan Zhen Ning, berkongsi sendiri pengalaman mereka menerokai instalasi unik Coach ini.
Bersempena dengan pelancaran inisiatif baharu Coach turut memperkenalkan permainan digital. Hanya boleh bermain menggunakan telefon bimbit melalui laman ini at https://rexygoesrogue.coachexperiencemy.com bermula 4 sehingga 21 Oktober. Pemenang dengan kutikan markah paling tinggi bakal memenangi hadiah beg Rogue eksklusif.
Pautan Berkenaan: Himpunan Camo Print, Gaya “STREET WEAR” Coach Terbaru