Pelantun Hello, Adele mengubati kerinduan peminat dengan album baharu berjudul 30 setelah menyepi selama enam tahun.
Album ini ternyata di luar jangkaan peminat. Tiada siapa menyangka Adele yang dikenali sebagai ‘perahsia’ membuat keputusan mendedahkan punca perceraiannya bersama suami, Simon Konecki menerusi karya muzik.
Jelas penyanyi berusia 33 itu, album ini dirakam sebagai usaha untuk membantu anaknya, Angelo yang berusia sembilan tahun memahami mengapa ibu bapanya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.