Banyak yang telah dilalui Britney Spears sejak berdekad lalu terutama isu konservatori yang melibatkan bapanya, Jamie Spears.
Kala memperjuangkan hak kebebasan diri dan hartanya, Britney mengakui cuba mengalihkan tumpuannya dengan kemahiran baharu iaitu menulis.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, bintang pop itu mengumumkan bahawa dia sedang menulis sebuah buku yang mencerminkan isu yang dihadapinya selama ini.