PENGARAH KREATIF: Khairul Abidin, PENGARANG FESYEN: Johan Kassim, GROOMING: Shiyo Jo, RAMBUT: Juno Ko, GAMBAR: Edmund Lee, PAKAIAN & AKSESORI: Levi’s
KEMUNCULAN DINI SCHATZMANN DALAM DRAMA TEMPATAN MEMBERIKAN WARNA BAHARU TERUTAMA BAGI WATAK HERO. KEHADIRANNYA DALAM DUNIA LAKONAN ADALAH BERBEKALKAN BAKAT DIMILIKI. AYUH SEMBANG BERSAMA DINI MENGENAI STAIL DAN PERIBADINYA.
REVOLUSI STAIL DINI?
Stail saya yang dulu (semasa masih belajar) hanya berdasarkan keselesaan. Tetapi setelah mula bekerja, saya mula mengembangkan minat terhadap fesyen. Kini ia adalah gabungan stail dan keselesaan.
DEFINISI GAYA PADA PERSPEKTIF DINI?
Stail atau fesyen seharusnya menjadi saluran untuk mengekspresikan personaliti anda. Ia patut menonjolkan keperibadian atau bagaimana perasaan anda.
IKON STAIL?
Ryan Gosling
PADA DINI PENTINGKAH STAIL SEBAGAI SEORANG SELEBRITI?
Sudah tentu sebagai selebriti, fesyen dan gaya adalah penting. Ini adalah pandangan pertama anda ketika orang pertama kali melihat anda.
GAYA KASUAL, NAMUN REFINED. BAGAIMANA DINI AKAN GAYAKAN TEMA TERSEBUT?
Casual but refined. Semuanya mengenai warna. Warha harus saling berpadu. Pastikan pakaian berpotongan baik, dan bersih/digosok. Pakai aksesori untuk meningkatkan penampilan. Keep it simple.
ITEM MESTI ADA DALAM GEROBOK FESYEN DINI?
Sepasang jeans, but hitam dan jam tangan.
GEMAR BEREKSPERIMEN DALAM FESYEN?
Harus diakui, saya selalu bergaya ‘selamat’ dalam fesyen. Tetapi, saya mula seronok mencuba gaya di luar zon selesa dan bereksperimen juga mencuba gaya baru.
CADANGAN GAYA UNTUK LELAKI?
Earth tones, dan ‘layering’ (jacket, accessories).
PROJEK AKAN DATANG?
Filem, Kakak Pun Boleh & Mendua, Drama-The Hotel musim kedua.