Impian Kanye West untuk menukar nama sejak bertahun lalu kini menjadi kenyataan.
Pemilik nama Kanye Omari West itu kini secara rasminya dikenali sebagai Ye.
Menurut seorang pegawai komunikasi, Mahkamah Los Angeles meluluskan permohonan penyanyi berusia 44 tahun itu yang dibuat pada 24 Ogos lalu.
Tiada siapa mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan Ye bertindak sedemikian, namun tertera ‘alasan peribadi’ di borang permohonan.