Longchamp menawarkan tiga beg yang melengkapi gaya perayaan akhir tahun dan tidak lapuk dek zaman!
Masih tercari-cari beg yang mahu digayakan buat acara akhir tahun? Banyak undangan sudah diterima. Daripada makan malam dengan keluarga bakal suami, brunch dengan BFF dan mahu parti di rumah rakan. Bukan baju sahaja yang penting, tetapi aksesori juga perlu dititikberatkan. Sebab itu Longchamp ada untuk membantu. Tiga beg Longchamp ini boleh menaikkan seri acara akhir tahun kamu!
BRIOCHE
Beg Brioche yang cukup popular dikalangan pecinta Longchamp sekarang. Rekaan petak disertakan dengan tali rantai yang boleh dilaraskan memberi seleksi gaya yang pelbagai. Menambah glamor ke acara malam dengan pilihan beg Brioche sarat labuci atau pilihan material perak berkilat.
LE PLIAGE CUIR
Tahan lasak dan bertahun lamanya beg ini menjadi peneman setia. Kerana mempunyai rekaan yang lebih kasual juga keluasan beg yang boleh mengisi barang keperluan harian. Beg Le Pliage Cuit yang baharu ini menggunakan material kulit dengan cetakan kulit buaya. Menambah mewahnya apabila tali biasa diganti menggunakan tali rantai metal.
ROSEAU
Beg yang dikraf cukup indah, mengikut cita rasa wanita klasik. Lebih gemarkan sesuatu yang tidak terlalu menonjol? Lengkapkan gaya parti akhir tahun dengan beg Roseau. Reka bentuk yang kemas dan hanya diindahkan dengan gancu buluh metal. Sempurna untuk ke acara makan malam yang dianjurkan oleh bakal ibu mertua kamu!
Pautan Berkenaa: Jurnal Fesyen EH!, Anna Jobling Bergaya Dengan LEVI’S