Dua hari lalu berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 yang menyaksikan kehadiran para selebriti dan ikon fesyen dalam penampilan paling menyerlah.
Acara yang diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur itu turut dihadiri pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dalam persalinan berkilauan sekali gus mencuri tumpuan hadirin KLFA.
Bintang berusia 48 tahun yang juga muse pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail hadir tanpa trademark iaitu solekan tebal dan bulu mata palsu.
Sebaliknya, dia tampil luar daripada kebiasaan dalam persalinan serba hitam berkilauan dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuk topeng wajah daripada fabrik jaring.