Lebih sedekad bergelut dengan kanser limfoma, Elyana menyampaikan khabar gembira bahawa dia kini pulih sepenuhnya.
Perkongsian itu dibuat oleh Elyana menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan 345,000 pengikutnya dua hari lalu.
“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur dengan anda semua. Perjuangan dan penantian saya selama 11 tahun kini berhasil. Kanser saya hilang!,” tulisnya.