SECARA PERLAHAN KITA KEMBALI NORMAL. MENJELANG AKHIR TAHUN, KATE SPADE ISTIMEWANYA MENGHADIRKAN FESTIVE BUS BAGI MENDEPANI MUSIM YANG LEBIH BERMAKNA. TURUT MENGUNDANG PARA PERSONALITI TEMPATAN MERAINYA BERSAMA. HAPPY HOLIDAYS!
Musim percutian tahun ini terasa istimewa kerana berpeluang, akhirnya, berkumpul semula. Sama ada bersama teman atau keluarga tercinta. Berupaya untuk berpesta, untuk memeluk, untuk ketawa, untuk minum, untuk makan dan sudah tentu, saatnya berpakaian stylish!
Diinspirasikan oleh keseronokan sambutan percutan yang meriah di New York City dan pengembaraan menarik dengan kehangatan malam di bandar, Kate Spade New York berhasrat untuk menyemarakkan momen indah dan kegembiraan musim percutian dengan kehadiran ‘festive bus’. Yang akan bersiar-siar di sekitar Lembah Klang, di samping itu menerokai semula keindahan bandar.
Sempena sambutan ini, beberapa personaliti diundang untuk meraikan kemeriahan ‘festive bus’ Kate Spade, antaranya Eyka Farhana (Pelakon), Amelia Henderson (Pelakon/Hos/Model), Elyn Leong (Pelakon/Pencipta Kandungan Digital), Shalma Ainaa (Hos/Usahawan. /Pencipta Kandungan Digital) dan Shalma Eliana (Penyanyi).
Mereka dirakam berkumpul di atas ‘festive bus’ sambil berseronok sesama mereka, turut terlihat memakai busana dan menyandang aksesori Kate Spade musim percutian 2021. Pesta di atas ‘festive bus’ bertambah seronok dengan padanan tersebut.
Rasai pengalaman menaiki ‘festive bus’ Kate Spade New York, yang dihiasi motif ikonik Spade Flower Jacquard dan dekorasi indah.
Pada hari bekerja, bas akan bersiar-siar di sekitar Lembah Klang, diiringi dengan muzik perayaan dan terdapat pengaktifan yang menggembirakan.
Setiap hari Sabtu sepanjang Disember 2021- 4, 11, 18 dan 25 Disember 2021, temui ‘festive bus’ yang akan bersiar-siar sekitar pusat beli-belah yang terpilih berikut.
Artikel berkaitan: Dior Suguhkan Koleksi Akhir Tahun, Intip ‘WISHLIST’ EH!