Satu khabar duka buat ARMY apabila tiga ahli kumpulan BTS iaitu Suga, RM dan Jin menjadi mangsa terbaharu Covid-19.
Tiga hari lalu peminat kumpulan K-Pop nombor satu dunia, BTS dikejutkan dengan satu berita bahawa Suga atau nama sebenarnya Min Yoon Gi dijangkiti coronavirus.
Menurut agensi pengurusan Big Hit Music, penyanyi itu dikesan menghidap jangkitan tersebut selepas pulang dari Amerika Syarikat.
Suga yang telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 pada Ogos lalu dilaporkan tidak mengalami sebarang simptom dan diarah menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.