Bintang K-Pop, G-Dragon berjaya menewaskan nama-nama besar Hollywood dalam kedudukan fesyen terkini di China.
Berada di kedudukan ketiga dalam 2021 Fashion IP 100 List, G-Dragon mengetepikan ikon fesyen terbesar seperti Rihanna, Justin Bieber, Ariana Grande dan Beyonce.
Fashion IP 100 List memberi penghargaan kepada IP (intellectual property) fesyen flobal paling berpengaruh di China dalam kategori pereka fesyen/jenama fesyen, selebriti, artis dan influencer.