Jenama fesyen yang diasaskan di Sweden ini meraikan ulang tahun ke-15 dengan satu koleksi kapsul istimewa.
Pejam celik, pejam celik jenama fesyen yang terkenal dengan estetika gaya tersendiri, Monki sudah pun mencecah 15 tahun. Meraikan detik penuh makna ini, Monki mahu semua peminatnya tampil dengan satu gaya sedondon unik, bermain dengan corak dan tekstur yang cukup meriah dan ceria.
Menurut ketua rekaan Monki, Caroline Carlryd, himpunan istimewa ini diinspirasikan daripada DNA Monki sendiri yang bersifat berani dan dalam masa yang sama menyuntik elemen ceria. “Kami mahu menghasilkan satu koleksi yang memperkasakan pemakai, yang menggerakkan mereka untuk lebih berani dan menonjol. Kami mahu mereka jadi diri mereka sendiri tapi dalam versi yang lebih baik. Jadi cara paling mudah untuk menonjolkan diri, mencabar keyakinan adalah dengan memakai sesuatu yang boleh membuat ramai yang memandang,” jelasnya.
Melengkapkan koleksi ini ialah kusyen ikonik Monki yang sudah diperkenalkan sejak tahun 2006 lagi. Koleksi ini dimeriahkan dengan empat warna utama iaitu ungu, hitam, biru cair dan hijau. Warna-warna ini ditampilkan dengan gandingan warna sepadan seperti putih dan kuning.
Jika diperhatikan tiap rekaan di Monki punya kelainan, dan kelainan itu tidak begitu ketara jika dilihat dari mata kasar tapi sesiapa yang sudah bermesar dengan Monki mereka tahu apa identity juga DNA-nya. Monki adalah sebuah jenama yang mahukan setiap individu tampil dengan DNA tersendiri.
Sejak diperkenalkan, Monki ternyata bukan sekadar jenama fesyen yang hanya memasarkan baju semata, mereka hadir dengan mesej tersendiri dan sering sahaja beriringan dengan isu semasa seperti hal-hal berkaitan dengan masalah tubuh dan berat badan, kesihatan mental mahu memperkasakan wanita.
Himpunan kapsul sempena 15 tahun Monki sudah pun berada di pasaran. Selamat ulang tahun. EH! loves you!
Baca: “Stail Itu Satu Statement Gaya Bersifat Timeless”- Siti Khadijah Halim