Nama Amaury Guichon menjadi sebutan di seluruh dunia sejak dipilih menjadi hos rancangan realiti terbitan Netflix, School of Chocolate.
Berbakat besar dan berwajah tampan, Amaury merupakan chef pastri yang mempunyai paling ramai pengikut di media sosial dan terkenal di seluruh dunia kerana menghasilkan karya seni luar biasa menggunakan coklat.
School of Chocolate menampilkan chef berusia 31 tahun itu sebagai hos dan tenaga pengajar di mana dia berkongsi trip dan petua bersama barisan peserta dari kalangan chef, usahawan, pemilik restoran dan sebagainya.
Kenali chef berkarisma dan berbakat besar yang berasal dari Perancis ini.