Tahun 2022 bakal menjadi tahun terbesar buat industri perfileman Korea dengan barisan filem hebat yang bakal mewarnai layar perak.
Ini termasuk beberapa filem blokbuster Korea yang ditunda tayangannya tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19 antaranya Emergency Declaration, Life is Beautiful dan Hero.
Filem baru arahan sutradara seperti Kim Han Min, Choi Dog Hoon dan Kim Yong Hwa pula menawarkan pelbagai pilihan kepada penonton. Beberapa pelakon juga turut mengembangkan bakat di belakang kamera dengan penampilan sulung sebagai pengarah.
Sekuel filem yang ditunggu-tunggu akan menjadi antara tayangan terbesar pada tahun 2022.