Selepas setahun melancarkan Fibre Clinix, Schwarzkopf meneruskan belaian rambutnya buat penggemarnya menerusi rangkaian Extra Care. Himpunan ini mengguna pakai revolusi Bio-Restore Complex yang membuatkan serapan kebaikan dan manfaat produknya lebih dalam, membuatkan sesi rawatan rambut lebih kuat. Himpunan ini mengembalikan semula selain menyubur kekuatan rambut baik dari zahir juga dalamannya, dari pangkal hingga hujung.
Pengguna Schwarzkopf mahukan solusi rambut rosak yang sering sahaja disebabkan oleh tekanan, proses penggayaan rambut mahupun pencemaran. “Rangkaian Extra Care mampu memberikan penyelesaian kepada masalah rambut menerusi formulasi yang menggabungkan bahan semula jadi dan teknologi,” ujar Tricia Ong, Pengurus Pemasaran Serantau-Singapura.
Himpunan lengkap Extra Care mempunyai sembilan varian yang mana ia merangkumi solusi buat rambut juga kulit kepala. Varian Moist Recovery dicipta untuk menyelesaikan masalah rambut kering dan tidak terurus manakala asid amino menyediakan penjagaan dan belaian buat rambut dan kulit kepala. Bagi yang memiliki rambut yang mengerbang juga bercabang akan dirawat hasil manfaat 8 Precious Oil, dan rambut yang rosak kesan aktiviti mewarna dan mengeriting rambut akan dirawat hasil kebaikan Shea Cahsmere. Manakala rangkaian Total Repair pula dicipta untuk semua jenis rambut.
Himpunan Extra Care juga hadir dengan varian untuk merawat masalah rambut gugur. Rawatan ini memberi perhatian kepada membelai kulit kepala dan memperbaiki folikel rambut. Varian Ginger Scalp Boost pula direka khusus sebagai solusi kepada kulit kepala gatal juga masalah kulit kepala lain.
Acara pelancaran yang berlangsung di Hotel Meridien itu juga memperkenalkan para tetamu dengan rangkaian juga jenama lain di bawah Henkel Beauty Care Professional seperti Igora,Fibre Clinix, Schwarzkopf Professional, Osis+, Joico, Bondastic and Option