Alohomora! Dalam meraikan ulang tahun ke-20 siri Harry Potter, Airbnb membariskan enam destinasi percutian di seluruh dunia yang akan mentransformasikan fantasi magis anda menjadi realiti!
Baharu-baharu ini, jutaan peminat daripada pelbagai latar belakang dan usia di seluruh dunia meraikan magis The Boy Who Lives dengan sambutan ulang tahun ke-20 siri filem Harry Potter. Diadaptasikan daripada novel tulisan J.K. Rowling, magis yang bermula pada 2001 ini terus dirasai sehingga ke hari yang bermula dengan filem pertama berjudul “Harry Potter and the Philosopher’s Stone” dan filem terakhir “Harry Potter and the Deathly Hollows – Part 2” pada 2011.
Pasti ramai yang masih mengharapkan untuk menerima surat tawaran untuk menghadiri Hogwards School of Witchcraft and Wizardry bukan? Usah risau, kini Airbnb ada membariskan enam destinasi di sekitar Marauders Map untuk anda mentransformasikan fantasi magis anda menjadi realiti. Berikut adalah enam destinasi bertemakan Harry Potter yang boleh anda kunjungi di seluruh dunia melalui Airbnb:
A Magical World of Wizards and Witches di Tagaytay, Filipina
Buat peminat di Filipina dan sekitar Asia Tenggara, anda tidak perlu untuk menaiki penyapu terbang anda kerana ia terletak berdekatan dengan Tagaytay. Ruang penginapan seluas 55 meter persegi ini menampilkan ruang tamu serta katil empat tiang yang ditempah eksklusif untuk membiaskan suasana seperti asrama dan bilik rehat buat pelajar Hogwards. Jangan lupa untuk mengeksplorasikan segenap ruang penginapan yang turut mempunyai lokomotif stim magis dan pub perkampungan lokal.
Baca lebih lanjut: 5 Destinasi Unik Perlu Anda Kunjungi Di Pulau Pinang