Bermula Januari 2022, Mitsui Shopping Park LaLaport di Bukit Bintang City Centre membuka pintu kepada pengunjung dengan barisan jenama Jepun terkenal seperti Nitori, Nojima dan Jonetz oleh Don Don Donki.
Ibu negara Malaysia terus dibanjiri dengan pusat beli-belah dengan pembukaan Mitsui Shopping Park LaLaport di Bukit Bintang City Centre. Bermula Januari 2022, LaLaport BBCC membuka pintu mereka kepada pengunjung dengan barsian jenama terkenal dari Jepun seperti Nitori, Nojima dan Jonetz oleh Don Don Donki yang membuat kemunculan pertama di Malaysia. Lebih istimewa, ia juga merupakan LaLaport pertama di rantau Asia Tenggara.
Dahulunya menjadi lokasi kepada Penjara Pudu yang ikonik, pusat beli-belah gaya hidup Jepun seluas 82,600 meter persegi ini akan menampilkan suasana interaksi yang santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan kemudahan lain. Dianggarkan 400 kedai akan dibuka secara berperingkat bermula awal tahun ini dan bakal dimeriahkan dengan pelbagai jenama terkenal dari Jepun dan antarabangsa.
Melalui pengalaman dengan rangkaian komersial Jepun yang meluas, LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti Nitori, Nojima dan Jonetz oleh Don Don Donki. Selain itu, Star Child, sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini.
Tidak sempurna pusat beli-belah tanpa menawarkan pengalaman gastormoni yang unggul. LaLaport BBCC turut sama akan menampilkan barisan restoran dan kafe yang pertama kali akan membuat kemunculan di Malaysia, seperti restoran yang disenaraikan oleh Michelin. Antaranya Shin’Labo, Marta’s Kitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ/Mini One, Matcha Eight, Yakiniku Sizzle oleh Yakiniquest dan banyak lagi.
Persekitaran pusat beli-belah baharu ini direka dengan estetika “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”. Ia menampilkan ciri rekaan dalaman berdasarkan alam semulajadi bagi menyediakan ruang yang melangkaui aktiviti membeli-belah. Pengunjung juga boleh bersantai di ruang luar yang luas di aras atas dengan berlatarkan pemandangan Kuala Lumpur serta bangunan kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118.
Foto: LaLaport BBCC
Baca lebih lanjut: 6 Destinasi Percutian Magis Bertemakan Harry Potter