Sebuah tugu dicipta sempena ulang tahun kedua kematian Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna Maria-Onore.
Direka oleh pengukir Dan Medina, tugu berketinggian empat kaki itu menampilkan figura Kobe menyarung jersi Los Angeles Lakers sambil memeluk tubuh anaknya yang sedang tersenyum gembira.
Dan menjelaskan ia ditempatkan di lokasi kejadian hanya untuk sementara waktu namun berharap akan diberi kebenaran oleh pihak perbandaran untuk mendirikan tugu kekal bersaiz besar sebagai penghormatan kepada bintang itu.
Di dasar tugu gangsa seberat 73 kilogram itu tertera petikan ayat, “Wira datang dan pergi, tetapi legenda kekal selamanya,” berserta nama sembilan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter yang berlaku pada 26 Januari 2020.