Baru dua minggu lalu Neelofa mengesahkan kehamilannya dan kini dia telah selamat bergelar ibu.
Neelofa melahirkan cahaya mata pertamanya pada 29 Januari lalu sekitar jam tiga petang di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Khabar gembira itu dikongsi oleh suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz menerusi satu kenyataan.
Selain meluah rasa kesyukuran kerana urusan kelahiran dipermudahkan, Haris turut mengumumkan nama yang dipilih buat putera sulungnya.