Baik perempuan mahupun lelaki, kini sesiapa sahaja boleh menikmati manfaat rangkaian penjagaan kulit terbaru daripada Caudalie, Vinergetic C+.
Akhirnya, selepas bertahun-tahun diperkenalkan di pasaran, Caudalie kini melengkapkan himpunan penjagaan kulitnya dengan satu koleksi yang bermanfaat dan bersesuaian dengan semua kulit, baik lelaki mahupun perempuan.
jika sebelum ini banyak jenama kecantikan yang lebih senang memberi pengkhususan dalam penghasilan produk mereka, tampaknya produk gender neuteral semakin mendapat tempat. Caudalie, sebagai sebuah jenama penjagaan kulit yang banyak memanipulasi kebaikan buah anggur turut mahu turut serta mencipta satu produk yang baik untuk semua.
Terkini mereka memperkenalkan Vinergetic C+ sebuah rangkaian yang mengangkat kebaikan vitamin C untuk penjagaan kulit secara menyeluruh. Penggunaan vitamin C di dalam item penjagaan kulit memang popular, namun keadaan yang tidak stabil apabila terkena cahaya, udara, sinar UV serta sensitif dengan suhu sekeliling, membuatkan keberkesanannya tidak menentu.
Untuk mengatasi isu ini, pakar sians Caudalie memilih untuk menstabilkan vitamin empat kali demi melindungi dan memelihara manfaatnya. Mereka memilih untuk menggunakan vitamin C paling stabil iaitu Ascorbyl Tetraisopalmitate dan ia 100 peratus asli.. Diformulasikan dengan asid hyaluronik dan 100 peratus antioksidan Polyphenols, Vinergetic C+ adalah satu gabungan yang berkesan dalam merawat masalah kulit yang tampak keletihan dan tertekan.
Bintang utama rangkaian ini pastinya Vitamin C Energy Serum, yang mana teksturnya mudah serap dan sekaligus melindungi manfaat vitamin C agar penggunaannya benar-benar berkesan. Gunakannya dua kali sehari (pagi dan malam), sapukan pada keseluruhan wajah termasuk bahagian leher.
Turut melengkapi koleksi ini ialah Brightening Eye Cream (krim mata), 3-in-1 Vitamin C Energy Moisturizer serta yang paling saya suka Overnight Detox Oil. Minyak ini boleh digunakan begitu sahaja tanpa melapiskannya dengan mana-mana produk, atau boleh juga gunakannya sebelum anda mengoles pelembap wajah. Gunakannya setiap malam untuk wajah yang lebih segar keesokan pagi. Gunakan enam titis sahaja dan sapu rata pada wajah dan leher. Elakkan menyapunya di kawasan mata.
Rangkaian ini boleh didapati di butik Kens Apothecary dan juga Sephora.
Baca: Supergoop! Perkenal Serum Genius, Menyatukan Vitamin C & SPF