Pertembungan stail jalanan Asia dan gaya bersahaja Scandinavian, Monki bukan jenama asing bagi penggemar fesyen high-street, dan kini ia boleh dimiliki di ZALORA Malaysia.
Monki sudah 15 tahun usianya dalam melebarkan pengaruh stailnya di kalangan kelompok muda. Jenama dari Sweden ini memang dikenali dengan ilham gaya yang fun, cool dan trendy. Biarpun mengikut arus gaya semasa, namun satu yang pasti Monki punya DNA yang tersendiri.
Di Malaysia, bermula dengan stor pertamanya di NU Sentral, Monki pantas menambah cawangan lain di pusat beli-belah utama, dan terbaru himpunan fesyennya sudah boleh dibeli di hujung jari sahaja menerusi platform beli-belah terkenal ZALORA.
Tidak hanya tertumpu pada soal gaya dan stail, mereka juga cukup prihatin dalam hal kelestarian yang mana sustainability seakan sudah jadi hal penting dalam kebanyakan organisasi atau jenama termasuklah fesyen.
Di Monki mereka mempunyai himpunan denim yang menggunakan 100 peratus kain kapas organik dan juga yang dikitar semula. Koleksi pakaian renangnya juga diperbuat menggunakan poliester kitar semula.
Kelompok fesyen yang menggemari Monki sudah kukuh di Malaysia, dan ruang belian dalam talian di ZALORA semestinya akan melebarkan lagi pengaruh Monki di Malaysia.
KEMPEN SELF-LOVE
Sebagai langkah pembuka meraikan kehadiran Monki di ZALORA, ZALORA Singapura melancarkan satu kempen kolaborasi yang menampilkan tiga personaliti, Farkhanda Chaudry (@andathesea_), Eileen Mak (@eileenmak) dan Lindsay Goh (@lindsayvoitton). Kempen yang berkonsepkan ‘sisterhood’ yang sememangnya sudah menjadi satu objektif dan inisiatif Monki yang mahu menyebarkan positiviti di kalangan penggayanya.
Farkhanda, pencipta isi kandungan (content creator) dan juga usahanita sering saja menonjolkan imej body positivity di ruangan mayanya. Perkongsiannya sering sahaja menebarkan mesej positif dan penampilannya juga menonjolkan bahawa dirinya seorang yang percaya kepada dirinya. Lihat sahaja pemilihan gayanya, dia nampak yakin dan paling penting gembira dengan apa sahaja pilihan helaiannya.
Sama juga dengan Eileen dan Lindsay, keakraban mereka cukup terserlah. Mereka percaya sebagai wanita, dorongan sesama sendiri adalah perlu. Jika secara mayanya yakni di media sosial, mereka berdua cukup terkenal dengan cita rasa yang fun dan video-video fesyen yang amat kreatif di TikTok.
Lebih istimewa kempen sulung Monki dan ZALORA ini mahu menghebahkan pentingnya self-love dan self-care dalam kehidupan. Ya, sebelum kita mencurah kasih kepada orang lain, diri sendiri seharusnya menjadi keutamaan.
10 HELAIAN MONKI DI ZALORA PILIHAN EH!
EH! bariskan 10 gaya ringkas namun fun untuk ilham gaya anda. Boleh dapatkan semuanya di link ini!