Adele bukan sahaja memukau hadirin dengan penampilannya di Anugerah Brit baru-baru ini, tetapi juga cincin berlian yang dipamernya di karpet merah.
Adele yang membawa pulang tiga trofi kemenangan termasuk lagu terbaik menerusi Easy On Me mencuri perhatian malam itu dalam gaun baldu sutera rekaan Giorgio Armani Prive yang disempurnakan dengan aksesori berlian.
Penyanyi berusia 33 tahun itu melengkapkan gayanya dengan anting-anting berlian Lorraine Schwartz bersama cincin berbentuk pear sepadan yang disemat di jari manisnya, sekali gus mencetus spekulasi bahawa dia telah mengikat tali pertunangan.