EH! kongsikan lima haruman baharu (yang lama dan juga diperbaharui) sebagai ilham bingkisan untuk boyfriend kamu Valentines Day yang bakal tiba Isnin ini.
Hujung minggu ini ramailah orang keluar mendapatkan hadiah atau bingkisan buat kekasih hati. Menghadiahkan haruman antara yang paling mudah jika kamu masih buntu mencari hadiah yang sesuai. EH! Bantu anda dengan empat haruman baharu yang boleh anda pertimbangkan.
Dior Homme Sport Eau de Toilette
Secara peribadinya ini haruman kegemaran saya. Dior Homme Sport mengimbangi identiti classy dan ketangkasan lelaki. Ia juga punya tarikan seksual tersendiri yang membuat haruman ini seksi. Ia beraroma segar dengan percikan sitrus dan sedikit rempah dan bauan amber.
Pencipta haruman ini, Francois Demachy mengolah semula haruman yang diciptanya ini dengan memperkukuhkan lagi elemen maskulinnya dengan memperkasakan nota amber, membalutinya dengan aroma yang lebih berempah, lebih juicy! Versi eau de toilette yang baharu ini biarpun bunyinya seakan berat, namun ia tetap terasa ringan dan sesuai sebagai semburan harian kekasih anda. You and him gonna love it, percayalah!
Dapatkan haruman ini di pautan ini.