Lancome memanipulasi manfaat enzim menerusi ‘air jernih’ untuk ton kulit sekata, mulus dan dihidrat sempurna, dan ini semua dapat dilihat dalam masa empat minggu.
Bagi saya selain hal penghidratan, kejernihan kulit atau clarity juga satu perkara yang perlu diberi tumpuan. Apa itu yang dimaksudkan dengan ‘clarity’ dalam konteks kecantikan kulit? Ia merujuk kepada ton dan tekstur kulit. Ertinya kulit yang lembut dan licin kala disentuh dan andai dilihat pada zahirnya pula tonnya nampak rata.
Lancome memperkenalkan Clarifique Dual Essence, yang mana produk cecair jernih ini dibangunkan hasil kajian 30 tahun Lancome dalam menghasilkan satu produk yang menumpukan kepada kejernihan kulit. Mereka memanipulasi sains enzim yang mana dalam sejarah biologi enzim membantu untuk memperbaharui sel kulit yang telah mati, menggalakkan pertumbuhan sel kulit serta menghidrat. Ia juga mengandungi ‘Organic French Beech Bud’, yang mana Lancome memilih mutiara untuk memperkasakan manfaat produk ini dalam mencipta kulit yang bebas cela.
MANIPULASI ENZIM
Enzim adalah penggerak kepada biologi, yang akan mempercepatkan tidnak balas kimia bio serta menyediakan cara alternatif tanpa memerlukan banyak tenaga. Keupayaan enzim bertindak adalah bergantung kepada beberapa factor seperti suhu, paras pH, dan pati enzim.
Enzim membantu pembaharuan epidermal (lapisan kulit) sebagai pelindung kepada epidermis (lapisan bawah kulit) agar lebih kuat dan punya daya tahan yang tinggi. Enzim juga menyokong transformasi factor semula jadi kelembapan kulit. Dengan ini kulit akan lebih berseri, anjal dan tampak lebih sihat.
Enzim juga bertindak untuk menyingkirkan corneocytes atau sel mati, dan hasilnya kulit akan lebih mulus, refleksinya lebih bercahaya malah ton kulit juga lebih sekata dan jernih. Enzim juga punya manfaat untuk mengurangkan pigmentasi.
Cara penggunaannya, goncangkan botol dalam tiga saat supaya kesemua bahan teradun mesra dan rata. Kemudian titiskan esen ini pada tapak tangan dan sapu rata pada keseluruhan kulit. Jangan lupa bahagian leher.
Sempena perkenalan dengan Clarifique Dual Essence baharu ini, Lancome tawarkan sesuatu istimewa buat kamu yang ingin mencuba esen ini. Kamu boleh dapatkan tawaran istimewa di pautan ini.
Baca: Rouge Coco Baume, Mewarna Dan Menghidrat Bibir Kering Berkuping