Ramai selebriti berjaya membina nama di Hollywood melalui kerjaya dalam bidang sukan terutama bola sepak antaranya David Beckham, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar Jr.
Tidak dinafikan bergelar pemain bola sepak adalah sesuatu kerjaya yang hebat dan baik untuk tubuh namun ada kala ia tidak memberi jaminan kewangan jangka panjang dan mempunyai risiko tersendiri. Satu kecederaan teruk boleh menyebabkan atlet tersingkir daripada perlawanan selamanya seperti yang dialami barisan selebriti ini.
Selepas kerjaya dalam bidang sukan bola sepak berakhir, lima bintang ini memilih untuk terjun ke dalam industri hiburan bagi menjana pendapatan dan mencipta nama di Hollywood.