Ikon masa kini, Robyn Rihanna Fenty secara rasminya mencapai status bilionair pada 2017.
Menurut Forbes, RM5.9 bilion daripada jumlah kekayaan Rihanna yang bernilai RM7.1 bilion datang daripada perniagaan miliknya, Fenty Beauty.
Sejak menceburi industri muzik dengan melancarkan album pertama pada 2005 ketika berusia 17 tahun, dia telah mencapai banyak objektif yang diimpikannya dalam kerjaya.
Terkenal di seluruh dunia sebagai ikon muzik dan mogul kecantikan, begini cara bakal ibu itu menanam impian dan menjadikannya kenyataan pada usia 34 tahun.