Uniqlo memperkenalkan topeng pelitup mukanya yang baharu, AIRism 3D Mask yang lebih selesa dan lebih stail.
Kejayaan atas sambutan kepada topeng pelitup muka yang mereka lancarkan dua tahun lalu tidak membuatkan mereka selesa, malah Uniqlo terus memperbaiki produknya dan hasilnya, tahun ini mereka hadir dengan AIRism 3D Mask yang lebih selesa dan stail. AIRism 3D Mask hadir dalam tiga warna, putih, biru gelap dan juga merah jambu.
Menurut Uniqlo, produk akhir ini terhasil selepas lebih 100 kali proses rekaan dan penghasilannya bersama Tokujin Yoshioka, dan itulah yang membuatkan topeng ini lebih istimewa. Tokujin Yoshioka, seorang artis yang aktif falam dunia seni reka, seni bina dan seni kontemporari. Dia sudah memenangi banyak anugerah antarabangsa, malah hasil karyanya juga menjadi pilihan muzium terkenal dunia termasuklah Museum of Modern Art 9MoMA) di New York juga Musee National d’Art Moderne. Dia juga tersenarai sebagai 100 Most Respected Japanese People in the World oleh majalah Newsweek.
Ikuti temubual eksklusif EH! bersama insan seni yang sangat dikagumi ini.
Bagaimana projek ini bermula dan apakah misi kepada keluaran terbaru ini?
Dua tahun lalu Uniqlo menghubungi saya dan bertanyakan jika saya boleh mereka topeng pelitup muka yang ringkas dan berbeza dengan yang sedia ada. Saya fikir ada baiknya jika saya boleh menghasilkan satu produk yang sepatutnya sudah ada di pasaran dan memberi manfaat kepada komuniti.
Apakah aspek penting yang kamu utamakan untuk satu item yang orang gunakan setiap hari?
AIRism 3D Mask ia selesa dan dihasilkan dengan rekaan yang tidak membuatkan kulit berasa rimas. Ia hadir dengan garis potongan yang lebih kemas.
Dunia nampaknya sudah terbuka menerima situasi yang memerlukan kita hidup dengan Covid-19. Jadi pada hemat kamu apakah ciri-ciri penting yang perlu ada kepada sehelai topeng pelitup muka?
Kami bangunkan AIRism 3D Mask dari dua perspektif yakni rekaan dan juga sebagai satu produk industrial. Ia menghubungkan rekaan yang cantik, punya fungsi, ringkas dan berinovasi. Secara amnya, majoriti masyarakat punya impresi yang negatif terhadap pemakaian topeng pelitup muka. Jadi, saya mahu mengubahnya dengan menghasilkan satu produk yang boleh merubah tanggapan mereka menerusi rekaan dan lapisan dalam yang menyelesakan.
Apakah ciri utama yang menjadi fokus kamu dalam rekaan ini?
Saya mereka topeng pelitup muka ini dengan menggabungkan idea topeng kain, fungsi materialnya (fabrik) dan juga elemen fesyen. Dalam proses penghasilannya, kami menggabungkan teknik yang diguna pakai dalam pembuatan pakaian dalam (seamless innerwear).
Apakah solusi yang kamu suntik dalam penghasilan topeng pelitup muka yang baharu ini memandangkan kamu berpendapat sesetengah orang memandang negatif tentang keselesaan memakainya?
Pemakaian topeng pelitup muka itu sendiri sudah membuatkan orang mengaitkannya dengan penyakit mahupun impresi negatif lain. Bagi saya topeng pelitup muka yang cantik dan nampak stail akan membuatkan hari-hari kita lebih positif.
Boleh kongsikan manfaat AIRism 3D Mask?
Ia membuatkan pemakai berasa lebih mudah untuk bernafas, mengurangkan iritasi pada kulit dan juga garisan potongan yang lebih cantik dan kemas, tampak terletak pada wajah.
Bagaimana topeng yang baharu ini membuatkan pemakai lebih mudah bernafas?
Ia hadir dengan tiga lapis dan dilengkapi dengan lapisan yang bukan ditenun (non-woven material) di antara dua lapisan material AIRism. Tiga lapisan ini mencipta struktur tiga dimensi yang membuatkan kita lebih mudah bernafas.
Bagaimana pula dengan hal mengurangkan iritasi?
Saya mengguna pakai teknik penghasilan pakaian dalam ke dalam proses penghasilan topeng ini. Kami menyatukan tiap fabrik yang digunakan supaya topeng ini berasa lebih lembut dan seamless.
AIRism 3D Mask dijual pada harga RM39.90 (ada dua di dalamnya) di stor Uniqlo dan juga secara dalam talian di uniqlo.com