Lapan tahun hidup menduda, Hrithik Roshan dilaporkan bersedia untuk bergelar suami sekali lagi.
Menurut satu sumber, Hrithik kini sedang dalam perancangan untuk mengahwini seorang pelakon, pemuzik dan pengarah teater, Saba Azad.
Walau tidak mendedahkan perhubungan mereka kepada umum, pasangan itu sering dirakam berpegangan tangan kebelakangan ini sekali gus mengesahkan spekulasi percintaan mereka yang hangat diperkatakan netizen.
Laporan Bollywood Life mengatakan kedua-dua bintang itu berkenalan menerusi Twitter tiga bulan lalu dan Hrithik amat serius dengan perhubungan yang terjalin di antara mereka.