Nama Daniel Radcliffe mula dikenali sejak membintangi filem fantasi popular, Harry Potter pada 2001 ketika berusia 12 tahun.
Sama seperti Elijah Wood (Lord Of The Rings), Daniel tidak menggunakan wang berjuta-juta yang diperolehinya daripada francais Harry Potter untuk terlibat dalam lebih banyak filem besar.
Sebaliknya, dia memilih untuk berlakon dalam filem indi bajet rendah di samping barisan pelakon kurang popular. Mungkin bayaran yang diperolehinya tidak banyak, tetapi ia memberi kepuasan dari sudut kreatif buat dirinya.
Selain Harry Potter, berikut adalah beberapa filem terbaik lakonan Daniel menurut Rotten Tomatoes.