Usaha Kanye West untuk menawan kembali hati Kim Kardashian tidak kesampaian apabila mereka disahkan bercerai secara rasmi.
Usahawan berusia 42 tahun itu kini bukan lagi ‘Kim Kardashian West’, seperti yang diputuskan oleh hakim yang memberi keizinan kepadanya untuk mengakhiri perkahwinan dengan Kanye dua hari lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Steve Cochran menamatkan status perkahwinan Kim dan Kanye secara rasmi sewaktu perbicaraan. Kini kedua-duanya berstatus bujang dan tidak lagi terikat dengan satu sama lain, menurut dokumen mahkamah.
Disember lalu pengasas Skims itu menfailkan permohonan untuk mengasingkan isu perkahwinannya dengan isu-isu lain yang masih tertangguh dalam proses perceraian mereka seperti pembahagian harta, hak jagaan anak dan sebagainya.