Robert Pattinson meraih pujian menerusi lakonannya sebagai adi wira dalam filem The Batman.
Selain bakat lakonan, tubuh Robert yang sasa turut mencuri perhatian sekali gus membuatkan peminat tertanya bagaimana dia mendapatkan otot kekar dalam masa yang singkat.
Pelakon berusia 36 tahun ini berkata, dia mula menyukai setiap rutin kecergasan yang dilakukannya selepas enam minggu berlatih untuk peranan itu. Ia termasuk senaman ala tentera di tepi pantai yang melibatkan rutin kardio sambil mengangkat beg pasir.
Berikut adalah diet pemakanan dan rutin kecergasan yang diamalkannya.