Pembelian apartmen mewah Cristiano Ronaldo di Trump Tower bernilai RM77.3 juta bukanlah berita baharu.
Ronaldo dilaporkan membeli kediaman di 721 Fifth Avenue, New York itu pada 2015 sebelum Donald Trump dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.
Selepas berdepan dengan kecaman peminat, bintang Manchester United itu membuka apartmen berkeluasan 2,510 kaki persegi untuk jualan pada 2019 dengan harga RM36 juta, separuh daripada harga belian.