Swatch meneruskan siri jam tangan Museum Journey kali ini dengan menampilkan karya-karya kontemporari yang ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.
Time is what you make of it, and Swatch believes there should be more time for art in people’s everyday lives. Dalam meneruskan siri jam tangan Museum Journey yang popular, Swatch membuka pintu kepada dunia seni moden dan kontemporari dengan menampilkan karya-karya ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.
Sejak 1985, label jam tangan ini telah menghasilkan himpunan jam tangan eksklusif Swatch Art Special. Tahun ini pula, Swatch terbang ke kota Paris untuk mempersembahhkan enam karya agung daripada Centre Pompidou. Enam karya telah diimaginasikan kepada desain jam tangan yang unik, termasuklah daripada Frida Kahlo, Amedeo Modigliani, Robert Delaunay, Vassily Kandinsky, dan Piet Mondrian.
Sinergi seni antara label jam tangan dan muzium ini cukup jelas. Kedua-duanya dalam misi mahu menjadikan seni itu dekat dengan semua lapisan masyarakat. Lantas, relovusi seni ini akan membawakan terus karya-karya ikonik ini terus ke pergelangan tangan peminat seni yang belum berpeluang untuk melawat sendiri Centre Pompidou.
Imaginasi enam karya ikonik Centre Pompidou yang digunakan dalam kolaborasi kali ini menjanjikan kelainan dalam simbahan warna dan budaya yang mengagumkan. Karya-karya tersebut termasuklah:
- PORTRAIT OF DEDIE, BY AMEDEO MODIGLIANI (1918)
- CAROUSEL, BY ROBERT DELAUNAY (1922)
- EIFFEL TOWER, BY ROBERT DELAUNAY (1926)
- THE FRAME, BY FRIDA KAHLO (1938)
- BLUE SKY, BY VASSILY KANDINSKY (1940)
- RED, BLUE AND WHITE BY PIET MONDRIAN (1936)
Koleksi Swatch X Centre Pompidou boleh didapati secara atas talian di sini dan di stor fizikal bermula 10 Mac 2022. Juga di butik Centre Pompidou dan stor atas talian mereka. Manakala koleksi Swatch X YOU Centre Pompidou yang menampilkan tiga desain berbeza akan dilancarkan pada 24 Mac 2022.
Foto: Swatch Malaysia
Baca lebih lanjut: Budaya Pop, Inspirasi Kolaborasi Levi’s Dan The Simpsons