Hailey memuat naik status di Instagram Story, mendedahkan dia telah mengalami “Simptom Strok”.
Hailey Bieber, 25, dimasukkan ke hospital kecemasan di Palm Springs kerana mengalami gejala strok yang disebabkan oleh bekuan darah kecil di otaknya, Model itu mendedahkan dia kini telah pulih sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan kecemasan.
“Pada pagi Khamis, saya sedang bersarapan bersama suami [Justin Bieber]. Tiba-tiba saya mulai mengalami simptom seperti strok dan dibawa ke hospital.” katanya dalam satu kenyataan di Instagram Story pada hari Sabtu, 12 Mac.