Penampilan baharu Rebel Wilson di Anugerah Filem Akademi British ke-75 2022 berbeza dengan kemunculannya tiga tahun lepas.
Rebel Wilson,42, tiba di Anugerah Filem Akademi British ke-75 (BAFTA) dengan gaun labuci biru jenama Giambattista Valli Couture dalam tulle bertingkat warna hitam dengan perincian manik satin biru di pinggang.
Penggaya rambutnya, Elizabeth Stewart melengkapkan rupa karpet merah Wilson dengan sepasang kasut hitam khas Jimmy Choo berkilauan dan barang kemas Bulgari.