Anugerah industri perfileman yang paling berprestij, Anugerah Akademi atau “Oscar” akan berlangsung pada 28 Mac 2022 secara langsung terus dari Hollywood, Amerika Syarikat tahun ini.
Kemuncak musim anugerah tahunan, Anugerah Akademi ke-94 bakal berlangsung pada 28 Mac 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat. Anugerah industri perfileman Hollywood yang paling berprestij ini juga digelar Oscar. Tahukah anda, mengapakah Anugerah Akademi digelar sebagai Oscar?
Anugerah Akademi mula menggunakan nama panggilan Oscar sejak tahun 1939 lagi. Awalnya, anugerah ini digelar “The Academy Award of Merit” tetapi ia dianggap terlalu formal dan tidak menarik. Lantas, namanya telah ditukar 10 tahun selepas majlis anugerah pertama yang telah berlangsung pada 1929.
Trofi ikonik yang menjadi impian setiap pemain Hollywood ini seberat hampir 4 kilogram dengan ketinggian 34 cm. Seperti pelakon Hollywood, hanya bahagian luaran sahaja yang kelihatan keemasan. Trofi ini diperbuat daripada gangsa yang bersadur emas 24-karat. Ketika Perang Dunia Kedua pula, trofi ini diperbuat daripada campuran plaster selama tiga tahun.
Oleh itu, mengapa ia diberikan gelaran Oscar?
Baca lebih lanjut: Alami Tarikan Baharu Di Club Med Phuket