Kolaborasi edisi terhad antara Baskin-Robbins dan dUCk menampilkan koleksi ais krim istimewa, bersama himpunan fesyen dan aksesori yang pasti memberikan kemanisan Syawal pada tahun ini.
Kolaborasi antara dua nama pasti membawakan keunikan dalam menggabungkan pelbagai elemen dan keunikan label masing-masing. Bersempena kehadiran Syawal tahun ini, Baskin-Robbins dan dUCk bersatu dalam memberikan keistimewaan yang tersendiri. Jalinan kerjasama francais ais krim terbesar dunia bersama label fesyen Malaysia ini bakal menampilkan koleksi ais krim istimewa, bersama koleksi fesyen dan aksesori edisi terhad.

Bermula hari ini sehingga 12 Mei 2022, peminat ais krim dan juga pemain fesyen boleh menyuntik kemanisan dengan kolaborasi istimewa ini. Ia menampilkan koleksi istimewa dUCk scoop, a stylish dUCk cake, More Eh! Party Pack dan More Eh! Family Pack. Selain itu, cooler bag edisi terhad Baskin-Robbins bersama dUCk akan berada di pasaran bermula 9 April 2022 di kedai Baskin-Robbins dengan setiap pembelian aiskrim ‘Pint’ atau ‘Quart’ daripada Baskin-Robbins.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kolaborasi pertama dUCk bersama Baskin-Robbins, jenama yang disayangi di seluruh dunia dan membawakan kegembiraan melalui perisa utama mereka. Ia merupakan pilihan saya untuk setiap majlis, yang memberikan senyuman kepada insan tersayang dan untuk diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, ia merupakan peluang keemasan untuk kami menjadi jenama fesyen Muslimah dan sopan yang pertama berkolaborasi bersama Baskin-Robbins,” kata Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group.