EH! mengulas tujuh gaya solekan di Grammys, rata-ratanya tampil dalam riasan biasa dan serba sederhana. Hanya seorang dua yang tampil fun!
Acara anugerah muzik terunggul, Grammy berlangsung buat kali ke-64 pagi ini (waktu Malaysia), menyaksikan nama-nama muda mengungguli kategori utama seperti Olivia Rodrigo yang meraih ‘Best New Artiste’ dan ‘Best Pop Performance’ menerusi lagu hit ‘Driver License’.
Melihatkan gaya khususnya solekan di karpet merah kali ini, tiada yang luar biasa dari segi pemilihan gaya dan stailnya. Diperhatikan solekan dan dandanan juga tampil dalam penuh kesederhanaan. Rata-ratanya lebih selesa memilih gaya selamat, ini mungkin juga imej dan muzik yang dibawa artis-artis yang tercalon tahun ini juga memang sudah begitu.
Ini ulasan EH! tentang enam solekan yang menjadi pilihan kami!
DOJA CAT
Pelantun ‘Kiss Me More’ yang juga meraih banyak pencalonan tahun ini tampil dalam balutan gaun bergemerlapan Versace. Doja mengenakan solekan mata ‘socket’ yang mengadunkan dua wton tanah. Bibirnya pula bersalut gincu coklat nude dan dimungilkan dengan permainan pensel bibir yang ketara. Rasanya dia boleh lebih adventurous dengan solekan memandangkan imej dan muziknya boleh membawakan gaya solekan yang lebih ekspresif.