Penyanyi Out Of Time, The Weeknd menyatakan keinginan untuk menukar namanya secara rasmi baru-baru ini, mengikut jejak langkah Kanye West.
The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye berkongsi hasrat itu bersama peminat menerusi beberapa ciapan di Twitter dua hari lalu.
“Anda semua kelakar. Rasanya saya perlu menukar nama pentas saya kepada ABEL,” tulisnya di akaun Twitter rasmi.