Siri terbitan Netflix, Twenty Five Twenty One kini mencuri tumpuan peminat K-Drama di seluruh dunia.
Bukan hanya kerana ia dibintangi oleh pelakon kelas-A Nam Joo Hyuk, tetapi juga kerana plot nostalgia (berlatar belakang krisis kewangan Korea Selatan pada tahun 1990-an) dan skrip Twenty Five Twenty One yang ditulis dengan baik.
Turut mendapat perhatian peminat adalah penampilan Kim Tae Ri sebagai Na Hee Do, pemain pedang bercita-cita tinggi dengan daya tarikan ala tomboy.
Ketahui beberapa fakta menarik mengenai bintang yang sedang meningkat naik di persada dunia ini.