The Weeknd menerajui malam terakhir minggu pertama Coachella di samping kumpulan Swedish House Mafia pada Ahad lalu.
Selain mempersembahkan beberapa lagu popularnya daripada album Dawn FM, The Weeknd turut menghiburkan penonton dengan lagu kolaborasi bersama kumpulan itu berjudul Moth To A Flame, juga lagu duet bersama barisan penyanyi terkenal seperti Low Life (Future), Or Nah (Ty Dolla $ign) dan Crew Love (Drake).
Tidak berhenti di situ, dia turut mendendangkan lagu kolaborasinya bersama Kanye West berjudul Hurricane – sebagai penghormatan kepada Kanye yang sepatutnya menggegarkan pentas malam itu.